World Philosophical Forum Malaysia World Philosophical Forum Malaysia

Lawatan WPF Malaysia ke Universiti Malaysia Sabah

Bersempena dengan penganjuran program World Philosophy Day 2018 yang akan diadakan pada 15 November 2018 di Hotel Istana, Kuala Lumpur, WPF Malaysia telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat bertemu dengan para Naib Canselor seluruh universiti awam dan swasta Malaysia. Tujuan utama sesi ini diadakan ialah bagi membolehkan WPF Malaysia memberikan notis awal serta penerangan mengenai program World Philosophy Day 2018 kepada semua Naib Canselor Universiti tempatan.

Sehubungan itu pada 9 April 2018 rombongan WPF yang terdiri daripada Dato’ Philosopher Prof. Dr. Halo-N (Coordinator WPF, Pacific Countries and Oceania), Saudara Mohammad Nizar Mat Nor (Branch Secretry General) dan saudara Mohd Fadir Embong (EXCO WPF Malaysia) telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu Sabah.

Dalam sesi kunjungan tersebut, rombongan WPF telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Naib Canselor UMS yang diwakili oleh Prof. Dr. Shahril Yusof (Timbalan Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi) serta Dr. Sim Chee Cheang (Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan). Rombongan WPF turut membuat kunjungan ke pejabat Pendaftar UMS, En. No’man Hj Ahmad. Kedua-dua pertemuan dan perbincangan telah menghasilkan satu rumusan dan persetujuan yang positif terutama di sudut menjayakan program World Philosophy Day 2018 serta kerjasama lanjutan diantara pihak WPF Malaysia dan pihak UMS.

Sesungguhnya pertemuan WPF Malaysia dengan UMS adalah merupakan satu kejayaan besar kepada WPF Malaysia dalam merintis hubungan akrab diantara pihak WPF dengan pihak universiti-universiti tempatan dalam menjayakan program World Philosophy Day 2018 dan program-program lain di masa yang akan datang.


Choose Colour